Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Sungguh, pujian itu hanya untuk Allah. kerana Dialah yang memberikan kita segalanya yang TERBAIK buat kita, sama ada berupa nikmat mahupun ujian~
Alhamdulillah <3
Perasaan hari ni?? Bagaimana nak diungkapkan ye..? Alhamdulillah!!
WALAWEYH!!!!
Hee.. kenapa WH rasa walaweyh sangat ni?? Ada orang datang meminang ke? Ke dapat hadiah Samsung Galaxy Tab ke?? huhu..
Taklah!
Perasaan jadi berbunga2 sangat hari ni...
(O-o) "Yelah, sebab apa?"
Hehe.. sebab hari ni saya jumpa orang-orang yang saya cinta kerana Allah, my dear Usrati~~
(^_^) Ummu Hurairah!!!
Tak tahulah perasaan apa yang membaluti hati ni.. Penuh bunga2 dan gula2.. ^^
Adakah ini rasanya .... CINTA??
Aduh, parah sungguh ni! Bila kami berpisah, rasa suatu perasaan yang hanya Allah yg tahu..
Terbit perasaan di hati.. "Bilalah nak jumpa lagi??" Waduh, ini benar2 gawat kok!
Walaupun baru seketika kita berkenalan, tapi rasa macam kita ni dah lama kenal. Rasa x kekok pun. Rasa seronok dapat kenal kalian~ Alhamdulillah..
Tapi... WH harap sangat.. cinta WH ni x bertepuk sebelah tangan.. Ecewwah! But then, I think.. Its ok if they don't like me, because all that is matters is how do I love them for the sake of Allah~
Being there with them, because of Allah..
Give them advice, because of Allah.
Seeing them, because of Allah.
Oh, indahnya ukhuwwah kerana Allah..
Bila hati saling bertaut untuk mengenal cinta Ilahi..
Walaupun apa yang terjadi..
Ikatan ini moga tidak putus di sini.. :')
Perkongsian tentang IKHLAS yg terbit tulus dari hati..
Hari ni, kami semua tadabbur surah al-hajj, ayat 24-38. (22:24-38)
Antara ayat yang terkesan ialah:
(Beribadahlah) dengan ikhlas kerana Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka seakan akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.. (22:31)Ikhlas vs Syirik
![]() |
Air kosong yang jernih! |
Ikhlas itu adalah ketaatan secara menyeluruh kepada Allah dalam apa jua perbuatan serta kelakuan kita sehari-hari :)
Namun, andai kita mencampur adukkan niat kita dengan perkara selain Allah, maka itu bukan ikhlas!
Ibaratnya air masak di atas, itulah ikhlas. Andai ada setitis warna apa pun yang termasuk ke dalam gelas tersebut, terus mengubah keadaan air itu.. Andai dicampur niat: sebahagian untuk Allah, sebahagian untuk kepentingan lain, jadinya, itu bukan ikhlas!
Sebenarnya, ikhlas itu berada di dalam hati.. Seseorang itu sendiri akan merasa, adakah dia ikhlas ataupun tidak???
"err..aku ni ikhlas ke tak ni? Rasa macam menunjuk2 pulak! :'( "
Bila fikir macam tu, teruslah kita istighfar dan perbaharui niat kita!! Sungguh, apa yang aku buat ni, kerana Allah.
"Aku study, sebab aku nak berjaya jadi doktor yang baik, boleh membantu orang lain serta boleh sampaikan dakwah dengan lebih berkesan melalui profesion ini..InsyaAllah"
Kalau kita mulakan dengan niat yang baik, insyaAllah Allah akan bantu kita untuk dapatkan apa yang kita niatkan. Ingat tak hadis tentang niat??
Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijtah menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Maknanya, andai kita tidak berniat untuk melakukan sesuatu, kita tak akan dapat apa2 pun. Sungguh, INI SANGAT RUGI!!
Mungkin sebab itulah ada ketikanya kita rasa seperti kita tak dapat apa2 pun dalam lecture/ceramah/usrah yang kita hadiri.. Astaghfirullahal 'Adzim.. :'(
"Andai ku tahu.."lagu kumpulan Ungu berkumandang~~~ srott..srott..
'Ibrah Hari Ini:
InsyaAllah, selepas ni, kita sama2 bersihkan hati kita agar tidak dicemari oleh maksiat, riak, syirik mahupun hipokrit! Nak sama2 perbaharui niat agar setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah, bukan kerana makhluk ciptaan Allah yang lain.
Mulakan harimu dengan berfikir, "Hidup aku kerana Allah @ kerana manusia??" -quote Prof Dr Muhaya-
Amat rugilah hari yang kita lalui setiap detik andai tidak dilakukan untuk menggapai redhaNya.
Dan ingatlah, syaitan akan sentiasa mengganggu andai kita tidak mengingati Allah.. But once, a man remembers Allah, the syaitan will run away!!
"Sesungguhnya setiap apa yang engkau lakukan akan diminta pertanggungjawabannya."
Sekian sahaja kali ini..
Moga memperoleh manfaat! InsyaAllah..
Assalamu'alaikum!! :)