Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Friday, 17 February 2012

Islam Bermula?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua! 

Alhamdulillah, mari kita sama2 bersyukur kerana sekali lagi Allah beri peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan sentiasa memohon ampun kepadaNya kerana kita manusia biasa, sering melakukan dosa.

Sudahkah anda berselawat ke atas Nabi s.a.w hari ini? Kalau belum, mari sama2 berselawat, ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wasallam’ (3x)

Baiklah kali ini saya akan berkongsi mukaddimah kedua daripada daurah ISK saya hari tu..

MUKADDIMAH 2: ISLAM BERMULA?

Agak-agaknya, bila Islam ini bermula? Adakah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w? Atau sejak dari manusia pertama yang diciptakan Allah yakni Nabi Adam a.s?
Hmm.. jom kita fahami beberapa perkataan ini:

أسلم  (Aslim) : berserah diri (kata kerja)
أَسْلَمْتُ (Aslamtu) : Aku berserah diri, tunduk dan patuh
الْإِسْلَامُ (Al-Islam) : Menyerahkan diri kepada Allah s.w.t

Jadi, apa erti Islam sebenarnya? Maknanya ialah berserah, tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Oleh itu, siapa manusia yang pertama kali tunduk dan patuh kepada Allah? 

Yes, Nabi Adam a.s! Jadi, Nabi Adam itu ialah seorang ISLAM!

Subhanallah, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 131-133

Maksudnya: 

(131) “ (Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), ‘Berserah dirilah!’ Dia menjawab, ‘ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”
(132) “Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’akub. ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”
(133) “Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya’akub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami (hanya) berserah diri kepadaNya.”

Justeru, sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi sehingga Nabi Muhammad s.a.w dan sehingga sekarang, Islam telah wujud!

Jadi, kenapa harus ragu lagi? Sememangnya Islam itu adalah agama Allah dan agama yang benar! Allahu Akbar!

Seterusnya, kita akan berbincang tentang satu perkara yang sangat penting! Apa dia?

Haa..jom main game nak? Hehe..


Ok, Nampak apa2 perbezaan tak? 

 Cepat2..jangan lambat.. Nampak tak? Haa? ;]

Wah, bagus2.. Korang kata ada 2 perbezaan ye?
           
           1) Gambar pertama tu kata ‘Saya Lari.’ Huruf L tu besar. Menunjukkan Kata Nama KHAS. Manakala, gambar kedua tu, huruf l kecik. Menunjukkan Kata KERJA.

      2) Gambar pertama kata ‘Saya Lari’ tapi dia tak lari, dia duduk je. Manakala, gambar kedua tu kata, ‘Saya lari.’ Dan dia betul-betul berlari.

Hmm..boleh tahan jugak korang ni. Baik! Teruskan prestasi anda! Fuh!

Sebenarnya, anda tahu tak kita boleh relate dengan satu perkataan lagi. Konsep dia sama tau. 

Perkataan itu ialah:
Saya Islam vs Saya islam

Hah! Apa bezanya?

Beza dia ialah...

Saya Islam- menunjukkan Islam hanya pada nama. Maknanya, sama ada dia duduk, berbaring, tengok TV, menghadap laptop, tengok wayang...dia still Islam pada nama.

Saya islam- menunjukkan Islam pada kata kerja. Maknanya, dia akan mempraktikkan Islam dalam setiap gerak-geri kehidupannya.

Justeru, yang mana satu pilihan anda?

 Oleh itu, jadilah FULL-TIME MUSLIM (Muslim sepenuh masa) dan bukan sekadar PART-TIME MUSLIM (Muslim separuh masa)!!!

Ok? InsyaAllah, semoga Allah memberi kita taufik dan hidayahNya, dan semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah yang telah kita pelajari. Nak jadi Muslim yang sepenuh masa kan? Jadi, uswah hasanah (contoh teladan terbaik) kita ialah...tak lain tak bukan...
RASULULLAH S.A.W!

InsyaAllah, moga kita bertemu lagi di mukaddimah seterusnya.
Ma’as salamah, wailal liqo’!

Siapa Kita???


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua!

Alhamdulillah, bersua lagi kita hari ini.. Sudah bersedia dengan semangat yang membara-bara??
Kita akan mulakan perkongsian daripada Daurah ISK yang saya sertai hari tu.. Nak tahu?

Ok, first and foremost, kita akan belajar mukaddimah dulu~

Mukaddimah 1: Siapa Kita???

Siapa kita sebenarnya? Yes, anda yang baju kuning, merah, biru, hijau tu.. Anda ni siapa sebenarnya?
Baik, mari kita buat mind map sikit..


 Wah, banyaknya jawapan... Tapi, yang mana lagi penting ni?

Manusia ke, khalifah ke, hamba Allah ke, Islam ke, Pelajar ke.....?

Pening2..mana satu penting ni??

“Manusia lah yang penting!” Oh...kenapa ye? “Yelah, kalau difikirkan secara logik, bila kita lihat diri kita dibandingkan dengan benda lain, yakni secara fizikalnya, kita ni MANUSIA lah..”

Oh..macam tu..

“Eh, bukan lah! Hamba Allah lah yang paling penting.” Ye ke? Kenapa? “Sebab kita semua ciptaan Allah kan? Jadi, mestilah kita Hamba Allah, Tuhan kita.”

Hmm..betul jugak..

“Tak2! Saya rasa khalifah lagi penting!” Mengapa? “Sebab...Allah ciptakan kita kat dunia ni sebagai khalifah, untuk memakmurkan bumi. Jadi, amat pentinglah kita sedar yang kita ni khalifah.”

Wah..betul tu. Tapi sahabat2..bukan kah Islam itu lagi penting?

Sebab..bila kita tahu kita beragama Islam, yakni MUSLIM.. barulah kita tahu tujuan hidup kita kat dunia ni.. betul tak?

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu yang kita ni dikurniakan akal oleh Allah yang membezakan kita dengan ciptaan lain seperti haiwan dan pokok2..

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu sebenarnya hidupnya kita di muka bumi Allah ini sebagai HambaNya yang sepatutnya taat serta patuh pada perintahNya..

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu sebenarnya kita ini dipertanggungjawabkan dengan tugas sebagai KHALIFAH yang kita tiada pilihan untuk tidak menjadi salah satu darinya kerana ianya satu AMANAH!

Errr..faham tak ni? Cuba renung2kan.. Pandang langit, kemudian pejamkan mata..

Betul! Menjadi MUSLIM itulah yang paling penting.. Cuba amati ayat daripada Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 13. (49:13)


Kita, manusia, diciptakan berbangsa2 agar kita saling kenal-mengenal. Dan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah meraka yang paling bertakwa.. Subhanallah..

Apa maksud takwa? Takwa ialah...

"(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5)

Dalam erti kata yang lain, orang-orang yang bertakwa itu ialah seorang MUSLIM. Betul tak? Jadi terbuktilah bahawa menjadi MUSLIM itulah yang paling penting sekali.

Kat sini, saya nak bertanya sikit berkenaan dengan diri kita yang merupakan seorang MUSLIM..

Anda ialah PELAJAR MUSLIM atau MUSLIM YANG BELAJAR?

“Eh, bukan sama ke?”kata anda.
"eh, tak sama lah.." kata saya dengan tersenyum.. sebab apa?

Sebab..jika kita adalah seorang PELAJAR MUSLIM, kita rupa-rupanya sedang mengutamakan belajar sebelum menjadi seorang MUSLIM yang akhirnya tidak membawa kita kepada Allah s.w.t.. Maknanya belajar kerana EXAM.

Tapi, jika kita seorang MUSLIM yang belajar, pastilah kita mengutamakan menjadi seorang MUSLIM dulu, barulah kita belajar.. Maknanya, kita belajar tu kerana kita seorang MUSLIM dan dengan kata lain, belajar kerana Allah s.w.t.

Nampak tak perbezaannya di situ? Jadi mana satu pilihan anda? :]

Kita tanya lagi diri sendiri,
 Jika aku seorang Muslim, aku seharusnya mempraktikkan ISLAM dalam setiap juzuk kehidupanku. Termasuklah belajarku, makanku, tidurku, sosialku dan segala yang berkaitan dengan kehidupan.”

 “kerana kita hidup untuk mencari redha Allah, bukan kerana manusia..”

Tapi..adakah aku telah menjalankannya? Adakah aku sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkahku?
-Dalam lecture hall
-Dalam tutorial
-Dalam lab
-Dalam kelas
 Adakah?????

Allahu Robbi..kita ni memang sentiasa LUPA! Jadi macammana nak selalu INGAT???

Perbaharui NIAT sentiasa..
Kenapa aku berada di sini? Kenapa aku belajar tentang topik ni? Apa tujuan aku datang ke kelas..dan sebagainya.. Dan segalanya pastinya diniatkan kerana Allah.. kerana kita mahu setiap apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadah..InsyaAllah..

Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian = WE MUST FEEL PROUD TO BE A MUSLIM!

“Islam is the WAY of LIFE! It means every inch of our life..”

Pernah seorang sahabat Nabi berkata:
“Aku bangga kerana ayahku adalah ISLAM! Jika ayahku Islam, maka semua orang ISLAM adalah adik-beradikku.”

Subhanallah..macammana dengan kita? Bangga tak jadi seorang MUSLIM?

InsyaAllah, sama2 kita renung2kan dan muhasabah diri kembali.
Semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua. InsyaAllah~
Moga bertemu lagi dalam mukaddimah seterusnya, InsyaAllah.
Ma’as salamah. Wailal liqo’! :]

ISK!!!!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t everyone...

Apa khabar? Sihat? Iman sihat? Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi bernyawa hingga ke saat ini.. Yakni saat anda menatap screen laptop anda masing2 dan sedang membaca setiap baris kata2 di sini.. Subhanallah! Alhamdulillah! =]

Hmm..pasti anda semua tertanya2.. apa yang dimaksudkan dengan post saya kali ini?

ISK??? Apa tu? (kata anda sambil tergaru2 kepala)

Institut Sains Kebangsaan ke?.... ataupun Intellectual Student Konferens? 

Wah....kemain lagi anda meneka ye? Bukan2..

Sebenarnya, ISK tu ialah....

INI SUNGGUH KOOOOOOOOOL!!!!!

Haaa? Apa? (muka anda nampak macam tak percaya) (~.~)

Betul laa..

“Kool sangat ke?” “Apa tentative program dia?” “Kenapa macam lain je bunyi dia?”

Hmm..soalan anda  tu lebih kurang sama dengan soalan yang berlegar-legar di kepala saya masa pertama kali saya tengok posternya..


ISK... Ini Sungguh Kool.. Apa lah sebenarnya ni? Lantas, saya terpandang satu lagi poster...


Heroes...? Hero mana pulak ni kan? Eh! Ada satu lagi poster laa >.<


 Woooooh....

Saat saya terpandang Super Saiya yang menyala-nyala dan membara-bara ni.. Terus saya tekan ‘JOIN’ dalam invitation di Facebook. Dalam hati terdetik, ini ke yang sister Aslah selalu sebut tu? ISK.. Ini sungguh Kool.. Ini Sejarah Kita........

Ha! Ini Sejarah Kita.. Itulah dia! Heroes yang dikatakan kat atas ni pasti hebat bak Super Saiya yang menyala-nyala~ Atas sebab ingin tahu yang membuak-buak (bayangkan larva gunung berapi yang menggelegak), hati rasa tak sabar menunggu hari tersebut! Subhanallah..apa sebenarnya ISK ini?

Dan..pabila harinya tiba...

Masya-Allah! Betul laa.. Ini Sungguh Sangat Amat Kool!

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab...

Bukan sahaja saya belajar tentang Heroes yang memang tahap lebih tinggi dari Super Saiya dalam Dragon Ball tu.. tapi,

LEBIH DARI TU!!!

Anda nak tahu apa yang saya belajar kat dalam Daurah ISK ni? Nantikan post2 saya seterusnya..         
 -InsyaAllah-

 *Nota kaki: Daurah= Pengumpulan*

Saturday, 7 January 2012

Twins Of Faith 2011 =)


I AM MUSLIM AND I AM PROUD!!
Delivered by Sh. Navaid Aziz, Twins of Faith: 24 December 2011
Requoted~

Assalamu’alaikum w.r.t dear sisters and brothers!! Kaifa halukum? J hmm? Alhamdulillah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar!

All praises to Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.. He is the One who gives the golden opportunity and golden hour for us, to be there with all the OH SO AWESOME Muslims (OHSEM) from all over the world, that with a broaden heart came to Malaysia to give us such a MARVELES talk! Masya-Allah!

And now, it is our responsibility to spread all the OHSEM! knowledge that we had got from all the talks, InsyaAllah.. Enjoy! ~ok, sambil baca tu cuba bayangkan Sh. Navaid tu ada di depan mata berbicara dengan penuh semangat! Woooaaa!~

He begin the talk with a MAGNIFICIENT story of one of our Prophet Muhammad’s companion. Who else could it be? He is the Amirul Mukminin, Umar al-Khattab r.a! The story goes like this..

‘Caliph Umar al-Khattab is the one who opened up BaitulMaqdis after much time’

While Caliph Umar al-Khattab was on his way to Jerusalem, Abu ‘Ubaidah Ibn Jarrah looked at him and said, “ Ya Amirul Muknimin,  I have met the rulers of Persia and Rom (and much more) with the magnificient clothings, and then I look at you, (imagine the humble clothings with several patches on it). Ya Amirul Aminin, you are more deserves to have those magnificent lifestyle!”

Umar al-Khattab said to him, “Ya Abu ‘Ubaidah, if anyone said to me other than you, I would have chop off his head!” ~he is showing who the real boss ha.. J~

                And based on that story our discussion will begin.. It is about ‘Izzah! Do dear sisters and brothers know about ‘Izzah? Oh, no. Not a person named ‘Izzah.. hehe. Here is the hadith;

“We are a nation, whom Allah honoured through Islam, and in it (Islam) we seek honour,dignity and respect,  
and if we seek it in something else, Allah will dishonour us”
Reference:  Mustadrak al-Haakim (Hadith # 207, 208), Ad-Dahabi has agreed with hakim that it is according to the 
conditions of the two Shaikhs, also quoted by ibn Kathir in Al-bidayah Wan-Nihayah (Vol 7/70).

Can you see? In Islam there are some secret ingredients that can make us proud of becoming an OHSEM Muslim! But the problem is now, we are searching other elements other than Islam.. How sad it is..huhu ;( . But whatever it is, lets snap out of it, and lets discover the secrets of how to become a Proud Muslim.. err, I mean proud to be a Muslim.. :) (well, this secret can be told to anyone..hee)

                First of all, let us recall back! What is the first and the second revelation (wahyu) that change the messenger of Allah s.a.w, with it Allah instill confidence and power inside our Prophet Muhammad’s heart to actually become a prophet.

What is the first revelation of people? “Iqra’!”  Read! Educate yourselves.
And the second revelation was ‘Stand Up! And call the people.’

The correlation between the two is that we need to learn and increase our knowledge and then, educate and influences other people. Then, after that, build up our relationship with Allah s.w.t. That what our ummah should do!

What are the action of ‘Izzah (proud of becoming a Muslim)?

> Allah s.w.t said in the Quran, ‘If you desire ‘Izzah, you should worship Allah alone!’
> Increasing ourselves with knowledge. There are 2 categories:
o   Knowledge about our deen itself.
o   Knowledge about the great people that have left their legacy in Islam.
-          Abdullah Ibn Huzaifah (Perseverance)
-          Al-Barok Ibn Abdul Malik Al-Anshori (Courage)
-          Umar Abdul Aziz
-          Umar Ibn Al-Khattab

What are the principles and themes that lies in our religion?

1) We only believes in 1 religion and we only worship Allah s.w.t alone!

2) LOVE – Love to the Creator and love the people. There is one hadith saying that,

“You will not enter Paradise until you have faith and you will not have faith until you love one another. Do you want me to tell you something you can do to make you love one another? Make it a habit to greet one another with “Assalaamu Alaykum” – peace upon you”. (Muslim)

3) MERCY and COMPASSION – Another important hadith:

“The merciful are shown mercy by the Merciful. Be merciful to those on earth, and He who is in heaven will be merciful to you. Kinship ties are connecting branches from the Merciful. Whoever maintains them will be maintained by God, and whoever cuts them will be cut off by God.”
~ Sunan al-Tirmidhi no. 2049, Kitab al-Birr wa’l-Silah

And the great example for us to ponder is the story of Nabi Yusuf a.s. Even though his brothers have done a lot of bad things to him including putting him alone in a well, Nabi Yusuf a.s still gave his forgiveness to his brothers. Subhanallah! And this was repeated by our Prophet Muhammad s.a.w during the opening of Mecca. Subhanallah! See how our Prophet deal with the people that have done wrong to him. He never want to do revenge on them but instead he forgives all of them. Then, you can see the impact of his forgiveness by the reverting to Islam by the people of Mecca. MasyaAllah. This shows the power of behavior, this shows the power of dignity. How about us, dear sisters and brothers? Let us build up our akhlaq! InsyaAllah. The first step is by seeing/looking at other people with mercy and compassion, and not with anger. :) 

4) JUSTICE – Be just! It is the closest thing to Taqwa.

Some home message to take:
- Changing the world by changing ourselves first!
-  Who will start it first? No other but you!
-  Be ihsan and have the ultimate relationship with Allah
-Where does Rasulullah s.a.w  got his strength? By praying  to Allah in the middle of the night.

Subhanallah! That is all that I have got from the talk. May not be that perfect, but I hope I have delivered the knowledge that I know. Bi iznillah~ jazakillahu khoiron kathiro everyone! Wassalamu’alaikum w.r.t J

(Yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu atas kesalahan dan kekhilafan saya sendiri. Mohon maaf segalanya!)