Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Sunday, 17 June 2012

Aku sebelum Tarbiyyah??? Biar betul??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, banyak2 kanlah bersyukur atas nikmat hidayahNya yg sggh x dpt diekspreskan dengan kata2.. huhu.

Baru tadi saya baca post inche gabbana berkenaan, "Kalau saya tidak bersama Tarbiyah, Saya sudah menjual dadah. Err" Hmm.. alhamdulillah, sangat menyentuh hati, tika mana diri terumbang ambing dengan cobaan duniawi yg datang membelai2, tika itu diri lupa akan nikmat hidayah yang telah Allah berikan. Astaghfirullah..

Sungguh, saya sendiri x dpat nak bygkan diri saya andai tidak terperangkap/terjerat di jalan dakwah n tarbiyyah ini, bak kata inche gabbana. huhu... Dengan soal cinta dunia dan fesyen yg semakin melaju sekarang, andai aku tidak bersama tarbiyyah n dilimpahi hidayahNya, pasti sudah terjebak sama~ Waaaaaaaa!

Benarlah, kadangkala kita kena melihat ke belakang (p/s:hanya sekali sekala) untuk kita menangis memuhasabah diri dan bermujahadah untuk tidak mengulanginya. Barulah diri ini tidak lupa dan leka dengan dunia yang sementara ini. Wahai diri, ingatlah. kita ini hanyalah pengembara yg singgah di suatu perhentian, untuk mengambil bekalan secukupnya untuk destinasi terakhir kita~

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata : Rasullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan". Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.
 Terkesan dengan kata2 murobbi bulatan gembira saya, yang membuatkan otak saya ligat berfikir~ Kurang lebih kata2nya seperti ini: Cuba kita byangkan, kalau kita buat satu binaan atau robot contohnya, dengan menggunakan daya kreativiti dan inovasi kita tu...huu..pasti kita akan suruh robot tu berkhidmat untuk kita kan? Tolong kita buat air, masak, kemas rumah, basuh baju..eh!

Tapi...(part ni best)..jom kita tengok kebesaran Allah s.w.t. Kita semua tahu bahawa Allah s.w.t lah yang telah menciptakan kita. Dialah yang telah menjadikan kita dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna kulit. Jadi, sudah tentulah kita ini (secara automatik) adalah HAMBANYA. Kita sepatutnya berkhidmat padaNya. Tapi, anda rasa adakah kita dilayan sebagai hamba? Ada x rasa macam diseksa ke, dipaksa ke, ada? Xde kan?? Bahkan kita melakukan amal ibadah itu pun dengan kerelaan hati sendiri kan? :) Subhanallah, baiknya Allah, bukan sahaja Dia menciptakan, bahkan memberikan kita nikmat rezeki yang wallaweh! x terkira bnyaknya! Dia yang menjaga kita, melindungi kita, beri kita kemewahan, beri kita kesihatan, beri kita kekuatan, agar kita gembira di dunia ini. Subhanallah, baiknya Allah.

Dan sudah tentu, beri kita hidayah agar kita x tersesat ke arah jalan orang yang dimurkaiNya.. Alhamdulillah.. Fikir dalam2.. Baik kan Allah?? Subhanallah! Cuma adakah kita sedar atau tidak? Adakah kita bersyukur atau tidak? Dahlah Dia Pencipta kita, kita pulak buat x tahu dan tak nak dengar perintah dan buat pulak apa yang Dia larang. Astaghfirullah.. Apa kau x kisah?? Malulah pada Allah. *nangis sepuasnya*

Apa2 pun, kita seharusnya sedar dan minta orang nasihatkan kita andai kita rasa kita makin jauh dengan Allah. Mungkin ada sesuatu dosa yang telah kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Walaupun kita x nampak Allah, ingatlah bahawa Allah sentiasa lihat kita. Ingatlah bahawa Dia sentiasa mendengar dan Maha Mengetahui. Ingatlah Dia sentiasa ada bersama kita. Pohonlah padaNya dengan sepenuh hati! InsyaAllah, moga kita tidak dipesongkan setelah kita beriman. Na'uzubillahi min zalik!

Oklah, setakat itu coretan saya kali ini. Maaf sebab x luang masa bersihkan sawang kat blog ni. huhu.. Sedang cuba mencari idea memantapkan penulisan. InsyaAllah.

Ok, jumpa lagi. InsyaAllah :)

-kucubaluahkandenganmenggunakanhatinurani- peace! ;D






Wednesday, 25 April 2012

Berubah? Terubah? Mengubah?


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum w.r.t buat sahabat sekalian!!!!

Wah, sudah lama rasanya jari jemari tidak menari-nari bersama idea yang mencurah-curah. Huhu.. mungkin sedang mencari ilham yang sepatutnya untuk dikongsi bersama kalian.

Dan Alhamdulillah.. hari ini telah diberikan kurnia oleh Allah untuk saya berkongsi dengan anda tentang satu perkara yang telah lama membelenggu jiwa & raga ini. Wohooo..

Berdasarkan tajuk yang telah saya tuliskan di atas, pasti anda sepertinya dapat meng-agak apa yang ingin saya kongsikan. Ya! Fuh! Benar sekali dong! Ianya berkenaan....

                                                                           BERUBAH!!!!

Fuh, berapa ramai daripada anda yang pernah mengalami perasaan di mana hati merasa x tenang, resah, gelisah memikirkan.. “Bila ini akan berakhir???” atau “Aduh! Susahnya nak buat mende ni..!” atau  “Oh, sampai bila aku nak buat benda ni?? BOHSAN la....” err..agak hyperbola di situ yer..

Ye..saya juga seperti anda. Merasai perasaan dan emosi yang sama.

Sehinggakan jiwa saya stress memikirkannya.. hoho.. this is so serious!!

Dan apa yang saya dapati, keadaan ini tak akan berubah bila saya sendiri tidak bergerak, bangun, mengubah segalanya!! Sungguh! Tak ada apa yang terjadi jika kita hanya duduk diam, baring-baring, menongkak dagu di tepi dinding melihat langit tanpa ada apa-apa yang kita lakukan. Ahah!

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Subhanallah, apa yang kita cari itu, telah tercatat dalam kitab Al-Quranul Karim, Surah Ar-Ra’d ayat 11 (13:11)

“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

Allahu Akhbar! Sungguh, Al-Quran itu mukjizat agung!

Anda perasan atau tidak, Islam telah mengajar penganut-penganutnya untuk BERUSAHA untuk berubah! BERUSAHA dalam melakukan sesuatu.. Subhanallah. Kita bukan seperti robot, yang menunggu untuk ditekan butang “ON”, baru hendak bergerak. Tapi, kita ini manusia, yang punyai kekuatan untuk menggerakkan badan kita sendiri. Semestinya dengan izin Allah.

Oleh itu, jangan bermalas-malasan lagi. Dunia ini begitu singkat bagi kita untuk membuang masa yang berharga ini.

Ayuh sahabat! Bangkitlah! 

Kini masanya untuk kita sedar dan terus bergerak, mempraktiskan apa yang telah dipelajari, mengamalkan ilmu yang telah diajar. InsyaAllah, moga Allah beri kita kekuatan. 

Berdoalah padaNya! Dan yakin padaNya!


P/s: semestinya dalam melaksanakan perubahan itu, harus ada ilmu tentang sesuatu perkara. Oleh itu sahabat, andai dirimu merasa tidak tahu hendak bermula dari mana, mulalah dengan bertanya dengan diri sendiri, "apa yang aku tidak tahu sebenarnya?" atau "apa yang aku cari?", dan mulakan pencarian itu! InsyaAllah, sama2 kita berusaha menggapai redha Allah dunia dan akhirat. :) 

Wednesday, 18 April 2012

Bersabarlah wahai sahabat!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.r.t..

Duhai sahabatku sayang..
Dirimu amat berharga di hati ini..
Tidak kira siapa dirimu..

Aku amat menyayangimu wahai sahabat..
Kerana Yang Maha Esa..
Aku tahu keadaanmu sekarang..
Aku tahu kau sedang menghadapi beban ujian yang berat..
Aku tahu perasaan itu, sahabat..

Namun, aku juga tahu..
Pasti Tuhanku dan Tuhanmu jua..
Allahu robbi Yang Maha Adil..
Telah menetapkan segala2nya..
Telah menentukan yang terbaik buat diriku dan dirimu jua

Bersabarlah sayang..
Yakin padaNya..
Aku yakin kau mampu lakukannya..
Percayalah!

Aku sayang padamu..
dan aku akan membantumu,
dan menyandarkan bahuku,
untukmu sahabat..
Ana uhibbuki fillah~

Teruskan perjuangan ini sahabat..
Aku sentiasa mendoakan dirimu..
Jangan mengalah dan berputus asa..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama..


*ingat x dahulu kamu juga telah menguatkan semangatku kembali dengan ayat2 cinta Allah..
Aku juga ingin menitipkannya di sini...

Surah Al-Baqarah (2:155)