Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Thursday 6 October 2011

Semua ni salah kau!!

Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim..

Aduh..masalah apa pulak kali ni? Ce cite (3X)..

        Pada suatu hari, si A dan si B sedang asyik di dalam bilik masing-masing.. Tiba-tiba perut si A berbunyi lagu Hindustan..lalalala.. maknanya lapar sangat la tu. Biasanya bila dah time tengahari ni, si A dan B akan makan lunch sama-sama. Si A pun kata.. "Adoii..lapaqnya! Tapi si B tak keluar bilik lagi. Takpelah, tunggu dia keluar bilik dulu la baru pergi makan."
        Si A ni pun sambung buat kerja dia dengan KHUSYUKNYA.. Nak dijadikan cerita, si B ni pun terasa lapar, jadi dia pun keluar bilik dia. Lepas tu, dia ternampak yang si A ni tengah khusyuk sangat buat kerja, sampai tak perasan si B depan pintu. "Takpelah, maybe dia nak siapkan kerja dulu kot. Bila dia lapar, pandai-pandailah dia trn bwh.." kata si B. Jadi si B pergilah turun makan bersama si C dan si D.
        Pada masa yang sama, perut si A mula berbunyi lagi, kali ni lagu Korea pulak.. "Adoi..si B ni tak nak pergi makan ke? Khusyuk sangat nampaknya.." kata si A. Si A pun pergilah tengok bilik si B. " Aik??!! Kosong? Mana dia pergi?" Lepas tu, si A tergerak hati nak turun bawah. Bila dia turun bawah je, alangkah terkejutnya dia sebab si B ni dah makan dengan kawan2 yang lain..
        Sedih hati si A.. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa terasanya dia. Tapi, si A tak cakap apa2 depan si B dan begitu juga sebaliknya.. Akhirnya, si A ni memendam rasa yang amat sangat.. "Sampai hati kau si B, tak ajak aku makan pun.. Semua salah kau.. Sampai aku rasa lapaq sangat sampai nak mati ni.." huhuhu..

Hehe..ok x cerita di atas? Anda paham tak apa yang cuba disampaikan? Jom kita bincang..
Sebenarnya saya dah lama tak masuk pertandingan bercerita, jadi mungkin jalan penceritaan agak tunggang terbalik..maafkan saya ye semua! (hehe..sekadar gurauan) :)

Apa-apapun, kisah di atas ni sekadar memberi satu gambaran situasi yang berlaku dalam kehidupan kita. Pernah kan kita selalu salahkan orang lain, contohnya.. "Sebab kaulah aku jadi macam ni..", " Ni semua salah kau!" atau pun pada sesuatu benda, contohnya, "Hee..geram betullah! Kan dah lambat! Ni semua sebab traffic jam tadi." , "Ish, batu ni! Cuba lah letak kat tempat lain. Kenapalah kau ada bawah kaki aku ni..?" dan sebagainya.

Amacam..? Saya rasa kita semua tak terlepas daripada sikap menyalahkan orang lain ni.. Apa sebabnya?? Salah satu sebabnya adalah, kita rasa kita tak buat salah. Betul tak? Yelah, bukan salah aku pun sebab jadi lambat ni, tapi sebab traffic jam. Tapi, cuba kita fikir semula..boleh je kita tak lambat dengan cara kita keluar awal dari rumah.. Tak gitu?  Lagi satu, dalam situasi cerita di atas, boleh je si A tu pergi bilik si B dan tanya si B, nak makan ke belum. Begitu juga dengan si B sendiri.

Anda rasa apa akibatnya kalau kita terus-terusan menyalahkan orang lain? Pastinya akan berlaku perbalahan dan seterusnya membawa kepada permusuhan. Dan siapa yang paling suka manusia bergaduh sesama sendiri? Anda tahu jawapannya. Ya! Syaitan akan gelak terguling-guling sebab kita bergaduh. Sedangkan, umat Islam tu kan bersaudara. Seseorang itu tidak akan dikatakan beriman sebelum dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. Jadi, sekiranya dengan berlakunya sikap suka menyalahkan orang lain ni.. Apa jadi pada iman kita? Tepuk-tepuklah dada tu.

Jadi, macammana nak buat ni? Lebih senang kita salahkan orang lain daripada menyedari kesilapan sendiri kan? Dalam buku 'Life is an Open Secret' oleh Zabrina Abu Bakar, ada jugak membicarakan pasal perkara ni. Dan melalui buku tersebut, apa yang saya dapat ialah, kita sepatutnya fikir 2,3 kali untuk salahkan orang lain. Boleh jadi kita sendiri yang salah! Firman Allah dalam Al-Quran,

"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalanmu)"
                                                                                                           Surah Ash-Syura (42:30)

Subhanallah! Sungguh Al-Quran adalah mukjizat Yang Teragung. Allah telah pun meyatakan dalm Al-Quran bahawa setiap kesusahan, kesulitan mahupun masalah yang kita terima itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Dan bukan dari diri orang lain. Oleh itu, sahabat-sahabatku, mari kita ubah sikap kita yang suka salahkan orang lain tu kepada lebih banyak memuhasabah diri dan lihat kesalahan kita. Mungkin pada mulanya agak sukar kerana kita terpaksa menelan PAHITNYA masalah yang kita hadapi, dan kita terpaksa merendahkan EGO kita. Tapi Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.. dan setelah itu, kita pasti merasa tenang kerana kita tidak menyakiti hati orang lain di sekeliling kita serta pada masa yang sama, akhlak kita dapat diperbaiki.. InsyaAllah..

Sama-sama kita berusaha sedaya upaya kita! Semoga Allah memberi kita kekuatan. Amin..

Setakat itu perkongsian pada kali ni. Mohon feedback daripada sahabat-sahabat bagi memperbaiki penulisan ini bagi masa akan datang... :)

Ma'as salamah, wailalliqa'!

No comments:

Post a Comment