Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Wednesday 17 August 2011

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Assalamu'alaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu, Ya Allah, aku titipkan sedikit luahan hatiku mengenai Ramadhan yang Engkau anugerahkan buat kami...Ya Robbi...

Ramadhan..
Adakah aku bersyukur dengan kedatangan bulan yang mulia ini..
Adakah diriku sudah bersiap sedia meningkatkan amalku di bulan yang barakah ini..
Adakah aku sudah SIAP???

Betapa hatiku merasa rugi dan menyesal atas 16 hari yang telah berlalu..
Kerana aku mungkin tidak memanfaatkan segala peluang dan kesempatan yang Engkau sediakan Ya Allah..
Segala rahmat dan keampunan yang Engkau limpahkan di bulan yang penuh barakah ini..
Tidak mungkin ingin ku lepaskan serta sia-siakan..

Ya Rahman..Ya Rahim..
Berikan aku kekuatan iman serta kekuatan badan untuk beribadat kepadaMu..
Kerana aku hanyalah manusia yang lemah..hina..lagi alpa..
Ku pohon pertolongan hanya kepadaMu, Ya Allah..
Ku pohon keampunan hanya kepadaMu, Ya Ghafur..
Ku pohon keredhaan hanya padaMu, Ya Kholiq..

Kerana Engkaulah Tuhan Yang aku sembah..
Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah..
La ila ha illallah.. Muhammadur Rasulullah..
Sampaikan aku pada malam Lailatul Qadar..
Moga dengan pertemuanku dengan malam itu...
Meningkatkan keimanan serta keyakinanku padaMu ya Allah..
Moga dengan pertemuan itu juga..
Dapat menguatkan diri ini menghadapi segala ujian dan dugaan di dunia..
Serta dapat mengambil bekalan hidup buat di sana..negeri akhirat..
Yang tidak berapa jauh lagi..

Ku tahu betapa singkatnya hidup..
Ku tahu betapa sempitnya waktu..
Namun, aku kan terus berusaha dan berserah hanya padaMu..
Takut dan mengharap hanya padaMu..
Bismillahi tawakkaltu 'alallah..

Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku..
dan Kau perkenankanlah doaku..
Amin..

.........pengharapan seorang insan yang lemah............