Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Sunday 19 February 2012

Power???


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t everyone!!

Apa khabaq? Sihat ka? Iman sihat? Alhamdulillah.. (tiba2 cakap utara hang nieh..)

Sat! Sebelum kita beralih kepada mukaddimah yang seterusnya... Saya nak tanya, SEMANGAT tak sekarang ni??? Kalau tak semangat, sebut... ALLAHU AKBAR! (3X) biar bergegar satu bilik tu.. haa..  

Subhanallah..sampai ke sini saya rasa gegaran 100 skala richter anda tu.. Fuh! :]

“Bakpo demo semangat sangat ni? Bawok bersabor deh!”

Aish..mestilah semangat kawan! Sebab aku nak belajar satu lagi ilmu baru ni, InsyaAllah.. Lepas ni, aku ajar engkau pulak deh! :]

Haa..macam tulah gaya seorang Muslim! Tak pernah pentingkan diri sendiri. Bak kata pepatah, -Sharing is Caring- Sebab apa care? Sebab.. anda adalah saudara saya, tak kira siapa pun anda. Betul!

Muslim sesama muslim adalah bersaudara
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain.
Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.


Subhanallah! “eh, nangis ke?” xdelah, terharu je.. (srott2..)

Baiklah, mukaddimah kita seterusnya ni memerlukan OTAK anda. Boleh pinjam sekejap? :]

MUKADDIMAH 4: POWER?

Ada apa dengan ‘power’? Bukan powerpuff girl ye.. tak main laa.. Perlu ke ‘power’ ni dalam hidup? Anda rasa? Kalau tanya saya....saya jawab... SANGAT PERLU!!!

Sebelum tu, meh kita tengok Fungsi OTAK ye.. 



 MasyaAllah..sungguh kompleks kan ciptaan Allah? Banyak2 kan bersyukur padaNya.. Alhamdulillah.

Baiklah, apa kaitan fungsi otak dengan ‘power’ ek? 

“jap2..power tu apa?” Power adalah KUASA!

Mari kita tengok, kita mulakan dengan otak KIRI. Otak sebelah kiri lebih ke arah PURE SCIENCE, kalau anda perasan. Contohnya: fungsi mengira, menulis, analisa dan logic. Jadi, orang yang guna otak sebelah kiri (yakni yang tulis guna tangan kanan tu..) lebih banyak menggunakan akal untuk berfikir. Betul tak? Macam sahabat-sahabat yang seangkatan dengan saya la.. (uhuk..uhuk) Yang amik course medic, engineering, maths and physics tu. :]

Maknanya, pemikiran kita lebih rigid, tepat dan objektif!

Manakala, Otak sebelah KANAN pula, lebih ke arah SOCIAL SCIENCE. Sebab mereka ini suka melukis, music, mewarna dan kreatif! Jadi, orang yang guna otak sebelah kanan ini (guna tangan sebelah kiri untuk menulis..) lebih banyak guna HATI untuk melakukan sesuatu. Betul tak? Mereka ini terdiri daripada peguam (lawyer), philosopher, minat pada psychology, politics, history and economics.

Maknanya mereka ini fleksibel (open for debates), Relatif dan subjektif!
Fuh!

Subhanallah, walau apa pun, kita semua punya kelebihan dan kekuatan masing-masing. Cuma..

“Cuma apa???”

Antara mereka ni siapa lebih ‘powerful’? Siapa lebih berkuasa?

Anda tahu jawapannya kan? Ha? Ye, kamu yang duduk depan screen computer tu! ;]

Oklah, saya bagi satu perbandingan..antara DOKTOR dengan AHLI POLITIK, siapa lebih berkuasa?
Jawapan anda?

Yes, sudah tentu ahli POLITIK.

Kenapa? Lihat sendiri dalam Negara kita ini, siapa yang menetapkan perlembagaan Negara? Siapa yang memerintah Negara? Siapa? Siapa?

Jadi, sahabat, kenapa la saya dok sibuk sangat cakap pasal kuasa ini? Sebab..untuk kita naikkan semula ISLAM di muka bumi Allah ini, kita perlukan KUASA. Betul tak? Pada zaman Rasulullah, Rasulullah sendiri menjadi pemerintah, ketua panglima perang dan pendakwah. Dengan cara itu, ISLAM tersebar ke merata tempat sehingga ke hari ini.

Apa kata kita menelusuri pula tentang isu terkini berkenaan dengan saudara2 kita di Syria. Anda tahu tak peratus mereka yang memegang fahaman Sunni, Syiah dan Kristian? Sunni seramai 84%, Syiah 6% dan Kristian 10%. Dan anda tahu tak tentang pemerintah mereka sekarang? Ye, Bashar Assad tu. Dia itu fahaman Syiah. Syiah sangat bencikan Sunni sehingga mereka menghukum kafir puak Sunni dan menghalalkan darah puak Sunni (yakni boleh dibunuh). Jadi, bila Bashar Assad menjadi pemerintah, lihatlah apa jadi sekarang? Rakyat Syria yang ramainya berfahaman Sunni (ahli Sunnah wal Jamaah) telah ramai dibunuh!!! Dan puak Sunni ini tidak dapat berbuat apa2 kerana yang memerintah itu puak Syiah.

Anda sedar peranan KUASA sekarang??

Oleh itu sahabat, kita seharusnya dan perlu memiliki ciri-ciri mereka yang Otak Kanan agar kita dapat MENGUASAI. Kuasa untuk apa? Untuk tegakkan agama Allah di muka bumi. Itulah tujuan kita diciptakan, kan? Sebagai khalifah! InsyaAllah, nanti kita akan kupas pulak pasal isu ni dalam post yang akan datang.  

Sebelum berakhir, nak tanya... faham tak? :] InsyaAllah, semoga Allah berikan kefahaman dalam agama kepada kita.

Setakat ini dahulu. Mohon maaf atas segala kekurangan. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah s.w.t kerana Allah jualah yang memberikan saya idea dan kekuatan untuk menaip. Alhamdulillah.. Saya nak ucapkan jazakumullahu khoiron kathir buat ukhti2 saya yang telah banyak membantu saya memahami agama Allah. :] (anda tahu siapa anda..cewah!)

Jumpa lagi di mukaddimah terakhir kita~ InsyaAllah..
Ma’as salamah, wailal liqo’!

Saturday 18 February 2012

Kelebihan Kita? Part 2


MUKADDIMAH 3: KELEBIHAN KITA? PART 2

Sambungan------------

InsyaAllah, kita akan sambung Mukaddimah 3 yang tergantung pada post yang lepas. Fuh!
Sekarang kita akan berbincang berkenaan satu hadis.. ;]

HADIS KEBAIKAN

 Maksudnya: Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka dia diberi kefahaman dalam Ad-Deen (agama). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Subhanallah! Anda perasan apa2 yang sweet tak kat situ? ; ]

Maknanya, tanda kita memperoleh kebaikan adalah apabila Allah s.w.t memberikan kefahaman dalam agama. Alhamdulillah! Bersyukurlah pada Allah kerana anda telah diberikan kefahaman dalam agama Allah ini... 

Dan anda nak tahu? Faham Ad-Deen itu bukan sekadar solat, puasa, haji, shahadah dan zakat je tau! 

Tapi...ia merangkumi... 3 ASPEK!!!

1)      AQIDAH           2) FEQAH         3) AKHLAK

Dan.. ilmu feqah itu ialah yang kita belajar kat sekolah tu. Termasuklah bab-bab rukun Islam di atas.. manakala, aqidah dan akhlak ini adalah 2 aspek ilmu yang perlu dibina padu dalam hati dan jiwa masing-masing. Apabila aqidah kita betul, yakni yakin bahawa Allah itu Tuhan Sekalian Alam dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya, pasti akhlak kita juga akan terbentuk seiring dengannya. InsyaAllah..

Tapi kan.. bagaimana kita nak faham ketiga-tiga aspek dalam agama ini? 

Apa pandangan anda? Faham guna AKAL ke, atau guna HATI????

Hmmm..satu soalan yang baik ni..

Apa lagi? Mari kita rujuk panduan hidup kita = Al-Quran.

Surah Al-A’raf, ayat 179 (7:179)


Maksudnya: Dan sungguh, akan Kami (Allah) isi neraka Jahannam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. 

Na’uzubillahi min zalik

Daripada terjemahan ayat di atas, tahulah kita bahawa untuk memahami sesuatu ayat-ayat Allah itu perlu menggunakan hati. Ayat-ayat Allah itu ialah, tak lain tak bukan, Al-Quran. Dan apa2 yang berkaitan dengan agama kita ada dalam Al-Quran. Subhanallah! Justeru, marilah kita gunakan hati berbanding hanya menggunakan akal untuk memahami agama Allah ini. InsyaAllah..

“Tapi, kenapa tak gunakan akal sahaja? Bukan kah akal itu untuk berfikir?”

Yes, betul! Tapi sahabat, kalau kita hanya menggunakan akal semata-mata, kita hanya menggunakan pemikiran logik sahaja. Betul tak? Kerana akal kita ada batasannya. Akal tak bisa berfikir perkara yang ghaib. Jika dicuba, nanti wiring dalam otak putus, kita akan menjadi gila! 

Tapi... kalau guna HATI untuk fahami Ad-Deen, ia boleh mencapai tahap sehingga mengubah peribadi seseorang. It is the Power of BELIEVE! Pernah dengar kan satu hadis yang berbunyi:

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Sungguh, jika baca ayat-ayat cinta Allah dengan hati itu, lebih dirasai dan meresap ke dalam jiwa. Dan apabila begitu, percayalah! Kefahaman itu akan diekspresikan melalui perbuatan, atau dalam bahasa omputih, ACTION! 

InsyaAllah sahabat, kita sama2 didik jiwa kita untuk memahami Al-Quran dengan hati, bukan guna akal semata-mata. Ok? Kalau rasa tak boleh, jangan risau, ada cara nak ubati. Bagaimana? PAKSA DIRI! Yes, dalam aspek ibadah ini, tahap pertama adalah dengan memaksa diri. Dan lama kelamaan, ia akan menjadi kebiasaan pula. InsyaAllah..

Baiklah, takat itu sahaja kali ini bagi mukaddimah 3. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi dalam mukaddimah2 yang seterusnya. 

Ma’as salamah, waillal liqo’! :]   

Kelebihan kita? Part 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua! 

Sihat ke hari ni? Dah exercise? Alhamdulillah.. Sesungguhnya mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah s.w.t berbanding mukmin yang lemah. Betul tak? InsyaAllah, sama2 kita berdoa memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadaNya. :]

InsyaAllah.. Hari ini, kita akan berbincang pula berkenaan dengan mukaddimah 3, sambungan mukaddimah2 daripada daurah ISK saya hari tu..

MUKADDIMAH 3: KELEBIHAN KITA? (PART 1)

Sebelum kita teruskan dengan lebih jauh, ayuh kita amati ayat-ayat cinta Allah. Kali ini, ada 2 ayat yang berkaitan dengan tajuk mukaddimah kita.

Pertama = Surah An-Nahl, ayat 71 (16:71)


Maksudnya: Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? 

Subhanallah, daripada ayat ini dapat kita simpulkan bahawa, kelebihan kita yang berbeza-beza ini adalah satu rezeki dan nikmat dari Allah s.w.t. Dan ia merupakan satu KURNIAAN yang sangat besar. -Alhamdulillah- Maka, kita sebagai hambaNya seharusnya bersyukur dan tidak mengingkari nikmat yang Allah bagi ni.. :]

 Dan yang kedua = Surah Al-An’am, ayat 165 (6:165)

Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar! Daripada ayat yang ini pula, kita dapat kaitkan bahawa kelebihan yang kita ada ini merupakan satu UJIAN buat kita. Betul! Dengan kelebihan yang kita ada, ke mana kita gunakan? Adakah ke arah kebaikan atau keburukan? Ke arah mencari redha Allah atau pujian manusia???? Ha? (tampar pipi banyak kali..pang3)

Sungguh, Al-Quran ini penuh dengan hikmah kan? 

Sekarang, jom kita hayati pulak hadis Rasulullah s.a.w:

HADIS LOGAM

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه
(حديث رواه البخاري ومسلم)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).

Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq)
 ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam~

Faham tak dengan maksud hadis tersebut? InsyaAllah, kita akan relate dengan tajuk kita yakni berkenaan kelebihan. Kelebihan kita itu ibarat logam! 

Tahu tak logam tu apa? Logam tu macammana bentuk dia? Apa sifat2 dia?
Hmm..jap nak tgk google.. Haa..mcm ni la bentuk dia. (ala-ala la..)


 Nampak sangat keras dan teguh kan? Tapi, tahu tak sebenarnya ia boleh dibentuk mengikut citarasa/resepi masing-masing. Contohnya, dibentuk menjadi duit syiling dan sebagainya. Haa.. 

“Dah tu, apa kaitan dia?”

Kaitan? Adoyai! Maaf2, lupa nak relate pulak..

Macam ni, kan saya kata tadi, kelebihan kita itu ibarat logam! Jadi, maknanya, kelebihan kita itu sebenarnya teguh dan padu dalam diri kita. Namun, jangan lupa, kelebihan kita itu boleh dibentuk..

Maksudnya... (anda garu kepala lagi ek?)

Ok, maksudnya, kelebihan itu dapat dibentuk berdasarkan kehendak dan matlamat kita sendiri. Jika kita gunakan kelebihan kita itu demi agama kita, Islam maka banyak manfaat yang kita dapat berikan pada Islam! Tapi..jika kita tak gunakan kelebihan itu untuk Islam, maka alamatnya JAHILIAH yang akan manfaatkan. 

Err..faham tak? 

Baik, mari kita tingkatkan pemahaman kita dengan satu contoh terbilang! Saidina Umar Al-Khattab. Bila sebut namanya, apa yang dapat kita fikirkan?
-Garang
-Berani
-Tegas

Dan kalau anda nak tahu, sebelum Saidina Umar masuk Islam, orang2 jahiliah sangat2 berharap pada dirinya untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab apa? Sebab Saidina Umar lah yang paling orang takut dan semua orang tahu beliau sangat gagah perkasa! 

Tapi.. Subhanallah.. Berkat doa Nabi Muhammad s.a.w, Umar Al-Khattab r.a telah masuk Islam! Alhamdulillah! Dan apabila Umar telah masuk Islam, beliau telah gunakan ke’garangan’ dan ketegasan beliau itu untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Allahu Akbar! Dan, info tambahan: Umar Al-Khattab ni sangat garang sehingga syaitan pun takut padanya. 

Woooh!! 

Jadi, faham dah sekarang? Kita kenalah gunakan kelebihan yang ada untuk agama kita, ISLAM! 

“tapi, macammana ek?” uhm.. baik, saya bagi contoh lagi,

Untuk mengembangkan dakwah serta misi sebarkan kebaikan sesama kita, anda yang pandai berkata-kata, melukis, menulis, mewarna, berlakon dan sebagainya... telah menggunakan medium ‘social networking’ masa kini yang ‘fofuler’ itu untuk mencapai matlamat. Alah, contohnya Facebook, Youtube, Blog dan macam2 laa.. Anda tahu la kan??? :]

Dan ada lagi satu cerita lagi nak bagitahu anda.. (suko benor demo cerito deh? :] )

Tak delah cerita sangat, tapi ianya satu kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua.. InsyaAllah..

Kisah ini berkenaan dengan haiwan yang bila kita dengar, KEDEKUT. Apa dia?

Haaa? Wah, bagus2.. KUDA!!!

Uhm, tahu tak sifat kuda tu macammana? Pernah naik kuda tak? Kalau tak pernah meh saya cerita. Kuda ni sebenarnya jinak tau! Dan ia sebenarnya tak tahan panas dan tak berani pun (dahulunya...)

Tapi, apabila dibentuk, yakni dilatih dengan bersungguh-sungguh, kuda yang dahulunya seperti di atas, telah berubah menjadi kuda perang, yang mana meluru masuk ke dalam medan perang! Subhanallah! (untuk lebih feel, sila rujuk Surah Al-‘Adiyaat (100: 1-11) 

Jadi, sahabat-sahabat sekalian! Jadilah seperti kuda perang! Yang dahulunya jinak, kini gah dengan kehebatannya di medan perang. Subhanallah.. Jadi, sahabat! Jika anda tak tahu kelebihan anda, carilah! Dan gilaplah ia dan gunakannya untuk Islam. Semoga orang lain memperoleh manfaat dari kelebihan kita. InsyaAllah..

Bersambung----------