Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Thursday 15 December 2011

ICE..huuu..dingin2 ^o^







Assalamu'alaikum w.b.t semua..
Bismillahirrahmanirrahim, moga tulisan ini membawa manfaat kepada mereka yang membacanya. Amin~

               Alhamdulillah, Syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana telah memberi kita peluang sekali lagi untuk bernafas dan tegak berdiri di bumi Allah ini. Subhanalllah~ Mari kita muhasabah diri, apa yang telah kita lakukan hingga ke saat ini?? Jika amal kita masih sama, mari kita tingkatkan! Jika amal kita makin lama makin merosot, istighfarlah! Moga2 kita diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadaNya.. InsyaAllah...

               Baiklah, post kali ini akan membicarakan mengenai pengalaman saya dalam module ICE.. ICE?? Apa tu? Ice-cream ke? hehe.. 'Introductory Clinical Exposure' la.. Masa nilah kami diberi peluang untuk menelusuri kehidupan mereka yang bertugas di hospital.. Di samping melawat serta menziarahi pesakit-pesakit di sana, kami juga berpeluang untuk menjadi pesakit..Wah~ mcm menarik kan? Memang pun! ^^ Alhamdulillah..

               Lagi satu perkara yang menarik waktu ICE ni ialah...banyaknya CUTI!!!! huhu.. kalau fikir cuti mesti semua orang seronok kan? Boleh buat itulah, boleh buat inilah.. Macam2 boleh buat! Tapi.. bila saya lihat diri saya sendiri (yang sememangnya merancang macam-macam nak buat ni..=p ), benda yang nak kita buat, kadang-kadang tak buat pun.. Sedih kan? Kenapalah buat macam tu cik adik oi!! Astaghfirullah.. Mari kita belek balik lembaran kitab Al-Quran, dalam Surah Al-Asr :

surah-al-asr-103.jpg


          Maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

                 MasyaAllah, indah sungguh kan kalam Allah? Jadi, wahai hati yang mudah lalai, Ingatlah! Hidup ni x lama pun. Pejam celik-pejam celik dah berapa tahun kita hidup.. Nanti pejam celik, pejam celik, takut tiba-tiba pejam tak celik2..Macammana?? Pastinya setiap apa yang kita buat, Allah akan perhitungkan..


Oklah, mari kita dengar cerita.. ^^

1st Posting : Dialysis Centre


Hari pertama posting ke pusat Dialysis ni, berdebar-debar jugak.. tapi pada masa yang sama excited sangat.. :)

Date: 12 Disember 2011
Location: Unit Haemolysis 1, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

                    Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik oleh mereka yang bekerja di situ. Setelah diberi sedikit sebanyak penerangan mengenai prosedur dialysis, kami pun diberi kebebasan untuk melihat sendiri mesin dialysis dan menziarahi pesakit-pesakit di sana..

macam nilah bentuk dialysis machine tu~

 Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang cara mesin ini berfungsi, bolehlah melawat laman web ni:
http://www.kidneypatientguide.org.uk/site/HDanim.php Saya tengok animation dalam web ni sangat menarik dan bersahaja! hehe..

                       Untuk pengetahuan semua, pesakit-pesakit yang menjalani proses dialysis ni adalah mereka yang mengalami masalah ginjal (kidney) yang kurang berfungsi dengan baik. Oleh itu, mereka harus menjalani proses ini untuk mengganti fungsi ginjal mereka dan demi kelangsungan hidup semaksima mungkin di bumi Allah ini.

                      Oh! Sebelum tu, ingin saya bagitahu yang dialysis ni ada 2 jenis, Haemodialysis & Peritoneal Dialysis. Dan kami diberi pendedahan mengenai Haemodialysis secara lebih detail berbanding peritoneal dialysis. Untuk haemodialysis, pesakit perlu datang ke unit ini sebanyak 3 kali seminggu, dan 4 jam bagi satu sesi (approximately). Tapi ada juga kes di mana doktor mengatakan yang pesakit ini hanya memerlukan 2 jam bagi satu sesi dan ada juga yang selama 5 jam. Semunaya bergantung kepada keadaan pesakit tersebut. Dan satu lagi info baru.. dalam 100 orang rakyat Malaysia telah menjalani proses dialysis di unit ini.. (uhm, ramai jugak kan?)

Dan sekarang saya akan membawa anda ke dimensi 'Muhasabah Diri'.. Nak ikut? JOM!! :)

Fikir dengan zikir~
                     Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat daripada posting pertama saya ini bersama 4 rakan yang lain. Namun, perlu diingat juga bahawa segala sesuatu yang kita alami adalah tazkirah buat kita kan?

                     Apa yang saya dapat daripada 'lawatan sambil belajar' ni ialah.. tentang ujian yang Allah beri pada setiap hambaNya. Setiap orang akan merasai ujian yang berbeza-beza. Dan ujian itulah yang membentuk diri kita menjadi seperti hari ini.

                    Dalam situasi mereka yang perlu menjalani proses dialysis, apa yang saya dapat lihat, ujian yang mereka rasai juga begitu hebat! Kalaulah kita berada di tempat mereka, barulah kita akan merasai apa yang mereka rasa. Seminggu, mereka perlu datang ke hospital sebanyak 3 kali. Dan sekiranya mereka menjalani rawatan di hospital swasta, setiap satu sesi akan dikenakan caj sebanyak RM 210 dan ubat pula dikenakan caj RM 13. Hmm..cuba bayangkan berapa banyak wang yang harus digunakan untuk rawatan ini. Petugas di situ juga memberitahu yang 'Orang kaya pun x mampu!' Kalau anda nak tahu, satu mesin dialysis tu berharga lebih kurang RM 45 000.. Jadi, bayangkan jika mereka ini tidak larat untuk ke hospital untuk menjalani dialysis, pastinya mereka perlu membeli dengan jumlah yang sebanyak itu!! Namun, alhamdulillah, jika mereka jalani rawatan di hospital kerajaan, mereka hanya perlu membayar RM 13 untuk ubat-ubatan.

                   Allahuakhbar! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan perihal setiap hambaNya. Tapi, cuba kita bayangkan.. Mereka ini perlu bersusah-payah berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjalani dialysis ini. Sungguh, kalau kita sendiri berulang-alik setiap minggu pastinya merasa jemu dan letih bukan? Inikan pula mereka yang perlu ke sana hingga ke hujung hayat mereka.. Bagi mereka yang miskin, pastinya mereka perlu bersusah payah untuk mencari wang bagi membayar ubat-ubatan yang diterima.. Adakah anda terfikir apa yang harus kita lakukan??

                   Ya! Salah satu caranya adalah dengan meng'infaq'kan duit kita kepada mereka yang memerlukannya. Dan satu lagi cara yang, InsyaAllah, akan membantu mereka menjalani hidup yang lebih bahagia di dunia ini dan dapat menjalankan ibadah dengan lebih sempurna, adalah dengan= KIDNEY TRANSPLANT.. Bayangkan, dengan pendermaan organ ini, kita mampu untuk memberi kebahagiaan kepada mereka dan mereka dapat menjalani hidup seperti orang lain. InsyaAllah, moga dengan pendermaan organ ini, dapat menjadi 'sedekah jariah' yang berterusan hingga ke dalam kubur nanti. Amin~
Mari kita sama-sama fikirkan! Dan jadikannya ibadah untuk memperoleh redhaNya~ InsyaAllah.

                That's all for now! huu..panjang jugak cerita ni ek. Tapi, xpe. Moga ianya memberi manfaat kepada semua. Apa-apa pun, saya juga insan biasa dan memerlukan petunjuk Allah serta bimbingan dan dorongan daripada anda semua. Mohon maaf atas segala kesilapan. Sila komen sekiranya ada yang perlu saya perbaiki..

Sekian sahaja.. Ma'as salamah! Waillalliqa'!

smile!