Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Sunday 16 September 2012

bersihkan..bersihkan..



Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah, moga Allah meredhai..

Pernahkah anda terfikir macam ni??

"Eh, cepat2, bersihkan ruang tamu tu, tetamu nak datang dah tu. Malulah kita rumah kita bersepah!"

atau

"Biar aku bersihkan dapur ni, nnti mesti diorg pelik dapur ni dah bersih kan.."

atau

"Haa..cantik kan aku susun perabot ni, aku buat sorg2 tau!"


Hm...kalau anda pernah berfikir macam tu, ayuhlah kita beristighfar.. sesungguhnya telah ada bibit2 riak dalam hati kita.. Astaghfirullahal 'adzim..

Sesungguhnya apabila kita melakukan sesuatu kerana orang lain sama ada membuat atau menjauhi.. tetapi bukan kerana Allah, al-maknanya kita dah RIAK!!!

"Ya Allah, moga kau ampuni dosa kami. Jauhkan kami dari segala sesuatu yang kami sekutukan denganMU sama ada yang kami ketahui ataupun tidak ketahui.."

Begini sahabat2 sekalian..

Pastinya diri ini yang hina juga pernah terlintas sedemikian,
oleh itu, mari kita betulkan niat!
Kita mengemas, membasuh dan apa sahaja perbuatan untuk membersihkan, sebenarnya adalah satu perkara yang amat dituntut! Mengapa?

Ayuh kita lihat hadis ni:


Ertinya : “Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”


Kreditpaismpn4skh

Haaa...nmpak kan? sesungguhnya semua yang kita buat tu adalah kerana Allah~ bukan benda lain..

oklah, setakat ini sahaja..

Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman!

Ayuh, bersihkan tempat2mu!!! :)

No comments:

Post a Comment