Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Sunday 17 June 2012

Aku sebelum Tarbiyyah??? Biar betul??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, banyak2 kanlah bersyukur atas nikmat hidayahNya yg sggh x dpt diekspreskan dengan kata2.. huhu.

Baru tadi saya baca post inche gabbana berkenaan, "Kalau saya tidak bersama Tarbiyah, Saya sudah menjual dadah. Err" Hmm.. alhamdulillah, sangat menyentuh hati, tika mana diri terumbang ambing dengan cobaan duniawi yg datang membelai2, tika itu diri lupa akan nikmat hidayah yang telah Allah berikan. Astaghfirullah..

Sungguh, saya sendiri x dpat nak bygkan diri saya andai tidak terperangkap/terjerat di jalan dakwah n tarbiyyah ini, bak kata inche gabbana. huhu... Dengan soal cinta dunia dan fesyen yg semakin melaju sekarang, andai aku tidak bersama tarbiyyah n dilimpahi hidayahNya, pasti sudah terjebak sama~ Waaaaaaaa!

Benarlah, kadangkala kita kena melihat ke belakang (p/s:hanya sekali sekala) untuk kita menangis memuhasabah diri dan bermujahadah untuk tidak mengulanginya. Barulah diri ini tidak lupa dan leka dengan dunia yang sementara ini. Wahai diri, ingatlah. kita ini hanyalah pengembara yg singgah di suatu perhentian, untuk mengambil bekalan secukupnya untuk destinasi terakhir kita~

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata : Rasullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan". Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.
 Terkesan dengan kata2 murobbi bulatan gembira saya, yang membuatkan otak saya ligat berfikir~ Kurang lebih kata2nya seperti ini: Cuba kita byangkan, kalau kita buat satu binaan atau robot contohnya, dengan menggunakan daya kreativiti dan inovasi kita tu...huu..pasti kita akan suruh robot tu berkhidmat untuk kita kan? Tolong kita buat air, masak, kemas rumah, basuh baju..eh!

Tapi...(part ni best)..jom kita tengok kebesaran Allah s.w.t. Kita semua tahu bahawa Allah s.w.t lah yang telah menciptakan kita. Dialah yang telah menjadikan kita dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna kulit. Jadi, sudah tentulah kita ini (secara automatik) adalah HAMBANYA. Kita sepatutnya berkhidmat padaNya. Tapi, anda rasa adakah kita dilayan sebagai hamba? Ada x rasa macam diseksa ke, dipaksa ke, ada? Xde kan?? Bahkan kita melakukan amal ibadah itu pun dengan kerelaan hati sendiri kan? :) Subhanallah, baiknya Allah, bukan sahaja Dia menciptakan, bahkan memberikan kita nikmat rezeki yang wallaweh! x terkira bnyaknya! Dia yang menjaga kita, melindungi kita, beri kita kemewahan, beri kita kesihatan, beri kita kekuatan, agar kita gembira di dunia ini. Subhanallah, baiknya Allah.

Dan sudah tentu, beri kita hidayah agar kita x tersesat ke arah jalan orang yang dimurkaiNya.. Alhamdulillah.. Fikir dalam2.. Baik kan Allah?? Subhanallah! Cuma adakah kita sedar atau tidak? Adakah kita bersyukur atau tidak? Dahlah Dia Pencipta kita, kita pulak buat x tahu dan tak nak dengar perintah dan buat pulak apa yang Dia larang. Astaghfirullah.. Apa kau x kisah?? Malulah pada Allah. *nangis sepuasnya*

Apa2 pun, kita seharusnya sedar dan minta orang nasihatkan kita andai kita rasa kita makin jauh dengan Allah. Mungkin ada sesuatu dosa yang telah kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Walaupun kita x nampak Allah, ingatlah bahawa Allah sentiasa lihat kita. Ingatlah bahawa Dia sentiasa mendengar dan Maha Mengetahui. Ingatlah Dia sentiasa ada bersama kita. Pohonlah padaNya dengan sepenuh hati! InsyaAllah, moga kita tidak dipesongkan setelah kita beriman. Na'uzubillahi min zalik!

Oklah, setakat itu coretan saya kali ini. Maaf sebab x luang masa bersihkan sawang kat blog ni. huhu.. Sedang cuba mencari idea memantapkan penulisan. InsyaAllah.

Ok, jumpa lagi. InsyaAllah :)

-kucubaluahkandenganmenggunakanhatinurani- peace! ;D






No comments:

Post a Comment