Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Thursday 30 June 2011

Why do I want to be a doctor??

Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat2 pembaca sekalian..
Bismillahirrahmanirrahim..

Pasti anda pun tertanya-tanya dalam diri, kenapa ye aku nak jadi doktor? Sebab gaji besar ke? Sebab popular ke? Sebab minat biologi? hmm..mungkin, inilah jawapan saya masa zaman muda dulu..ceh! =P tapi sekarang, benak hati ni kian menekan-nekan dada, kenapa sebenarnya nak jadi doktor ni????

Alhamdulillah, mungkin jua kini saya telah menemui jawapannya..atau mungkin jua jawapan ini belum begitu konkrit untuk dijadikan tujuan menjadi doktor..namun apa yang pasti sebab ini mampu menaikkan semangat ini untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang medical student untuk 5 tahun yang mendatang ini..InsyaAllah..

Apa yang dapat saya lihat melalui blog-blog lain yang saya baca, pastinya mereka akan mengatakan mereka juga tidak tahu sebab sebenar mereka ingin menjadi doktor.. namun setelah berada dalam bidang itu sendiri, barulah mereka dapat berfikir mengapa..

Sebabnya ialah seorang doktor merupakan orang yang sangat dipercayai..percaya tak?? Pastinya! Kalau tidak, pasti tiada langsung orang akan menjalani pembedahan yang dijalankan oleh seorang surgeon. Bagi saya, this value is very important especially as a khalifah in this world. Bukankah kerja dakwah akan lebih berkesan apabila seseorang itu dipercayai? Mungkin sebab ini terasa agak besar bunyinya, tapi saya sendiri serta anda semua yang ingin bergelar doktor pastinya menetapkan dalam hati masing-masing untuk merawat pesakit bukan sekadar fizikalnya tetapi termasuk rohaninya. InsyaAllah..

Namun, untuk mencapai tujuan itu pastinya diri sendiri perlu menjadi seorang yang tabah serta sabar dalam apa jua perkara mahupun dugaan yang Allah s.w.t berikan. Hal ini kerana, untuk menegakkan agama dalam diri orang lain, kita perlulah menegakkan agama dalam diri kita sendiri. InsyaAllah, dengan niat yang betul serta ikhlas, mudah-mudahan kita mampu mencapai apa yang kita impikan selama ini. Menjadi doktor yang soleh/solehah yang dapat merawat masyarakat 'as a whole' yakni secara keseluruhan, fizikal serta rohani. Saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri yang terlalu lemah dan hina ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua. Amin..

InsyaAllah..ini salah satu sebab yang menjadi inspirasi hidup ini. Mungkin setelah memahami serta memperoleh pengalaman lebih, ingin saya titipkan serta berkongsi lagi. InsyaAllah.. Mohon doa dan dorongan semua..

Syukran jazilan
Ma'as salamah waillalliqa'

1 comment: