Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Friday 17 February 2012

Siapa Kita???


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua!

Alhamdulillah, bersua lagi kita hari ini.. Sudah bersedia dengan semangat yang membara-bara??
Kita akan mulakan perkongsian daripada Daurah ISK yang saya sertai hari tu.. Nak tahu?

Ok, first and foremost, kita akan belajar mukaddimah dulu~

Mukaddimah 1: Siapa Kita???

Siapa kita sebenarnya? Yes, anda yang baju kuning, merah, biru, hijau tu.. Anda ni siapa sebenarnya?
Baik, mari kita buat mind map sikit..


 Wah, banyaknya jawapan... Tapi, yang mana lagi penting ni?

Manusia ke, khalifah ke, hamba Allah ke, Islam ke, Pelajar ke.....?

Pening2..mana satu penting ni??

“Manusia lah yang penting!” Oh...kenapa ye? “Yelah, kalau difikirkan secara logik, bila kita lihat diri kita dibandingkan dengan benda lain, yakni secara fizikalnya, kita ni MANUSIA lah..”

Oh..macam tu..

“Eh, bukan lah! Hamba Allah lah yang paling penting.” Ye ke? Kenapa? “Sebab kita semua ciptaan Allah kan? Jadi, mestilah kita Hamba Allah, Tuhan kita.”

Hmm..betul jugak..

“Tak2! Saya rasa khalifah lagi penting!” Mengapa? “Sebab...Allah ciptakan kita kat dunia ni sebagai khalifah, untuk memakmurkan bumi. Jadi, amat pentinglah kita sedar yang kita ni khalifah.”

Wah..betul tu. Tapi sahabat2..bukan kah Islam itu lagi penting?

Sebab..bila kita tahu kita beragama Islam, yakni MUSLIM.. barulah kita tahu tujuan hidup kita kat dunia ni.. betul tak?

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu yang kita ni dikurniakan akal oleh Allah yang membezakan kita dengan ciptaan lain seperti haiwan dan pokok2..

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu sebenarnya hidupnya kita di muka bumi Allah ini sebagai HambaNya yang sepatutnya taat serta patuh pada perintahNya..

Bila kita tahu kita ni MUSLIM, baru kita tahu sebenarnya kita ini dipertanggungjawabkan dengan tugas sebagai KHALIFAH yang kita tiada pilihan untuk tidak menjadi salah satu darinya kerana ianya satu AMANAH!

Errr..faham tak ni? Cuba renung2kan.. Pandang langit, kemudian pejamkan mata..

Betul! Menjadi MUSLIM itulah yang paling penting.. Cuba amati ayat daripada Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 13. (49:13)


Kita, manusia, diciptakan berbangsa2 agar kita saling kenal-mengenal. Dan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah meraka yang paling bertakwa.. Subhanallah..

Apa maksud takwa? Takwa ialah...

"(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5)

Dalam erti kata yang lain, orang-orang yang bertakwa itu ialah seorang MUSLIM. Betul tak? Jadi terbuktilah bahawa menjadi MUSLIM itulah yang paling penting sekali.

Kat sini, saya nak bertanya sikit berkenaan dengan diri kita yang merupakan seorang MUSLIM..

Anda ialah PELAJAR MUSLIM atau MUSLIM YANG BELAJAR?

“Eh, bukan sama ke?”kata anda.
"eh, tak sama lah.." kata saya dengan tersenyum.. sebab apa?

Sebab..jika kita adalah seorang PELAJAR MUSLIM, kita rupa-rupanya sedang mengutamakan belajar sebelum menjadi seorang MUSLIM yang akhirnya tidak membawa kita kepada Allah s.w.t.. Maknanya belajar kerana EXAM.

Tapi, jika kita seorang MUSLIM yang belajar, pastilah kita mengutamakan menjadi seorang MUSLIM dulu, barulah kita belajar.. Maknanya, kita belajar tu kerana kita seorang MUSLIM dan dengan kata lain, belajar kerana Allah s.w.t.

Nampak tak perbezaannya di situ? Jadi mana satu pilihan anda? :]

Kita tanya lagi diri sendiri,
 Jika aku seorang Muslim, aku seharusnya mempraktikkan ISLAM dalam setiap juzuk kehidupanku. Termasuklah belajarku, makanku, tidurku, sosialku dan segala yang berkaitan dengan kehidupan.”

 “kerana kita hidup untuk mencari redha Allah, bukan kerana manusia..”

Tapi..adakah aku telah menjalankannya? Adakah aku sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkahku?
-Dalam lecture hall
-Dalam tutorial
-Dalam lab
-Dalam kelas
 Adakah?????

Allahu Robbi..kita ni memang sentiasa LUPA! Jadi macammana nak selalu INGAT???

Perbaharui NIAT sentiasa..
Kenapa aku berada di sini? Kenapa aku belajar tentang topik ni? Apa tujuan aku datang ke kelas..dan sebagainya.. Dan segalanya pastinya diniatkan kerana Allah.. kerana kita mahu setiap apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadah..InsyaAllah..

Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian = WE MUST FEEL PROUD TO BE A MUSLIM!

“Islam is the WAY of LIFE! It means every inch of our life..”

Pernah seorang sahabat Nabi berkata:
“Aku bangga kerana ayahku adalah ISLAM! Jika ayahku Islam, maka semua orang ISLAM adalah adik-beradikku.”

Subhanallah..macammana dengan kita? Bangga tak jadi seorang MUSLIM?

InsyaAllah, sama2 kita renung2kan dan muhasabah diri kembali.
Semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua. InsyaAllah~
Moga bertemu lagi dalam mukaddimah seterusnya, InsyaAllah.
Ma’as salamah. Wailal liqo’! :]

3 comments:

  1. mabruuuk!! lukisan yg menarik~
    nak muqaddimah seterusnya pulak!!

    ReplyDelete
  2. BTW, akak rasa perlu tambah satu lagi, kita = melayu
    maybe isu ni agak kontroversial, tp mmg kne clarify bahwa islam ni utk semua.. bukan utk bangsa melayu sahaja, bukan utk orang arab sahaja, bukan utk orang palestine shaja.. siapa mengaku dia islam, maka dia adalah kita..
    sedangkan skrg sngat ramai yang sibuk mengutamakan perjuangan melayu itu come first.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. lukisan kanak2 la tu :)

    hmm..betul tu kak thirah, tak saya nukilkan pulak kat sini.
    betul, kita sebenarnya kena buka mata.. (letakkan sepit kat kelopak mata tu haa..) tengok sekeliling kita. sebenarnya umat islam itu bukan lah diistimewakan pada suatu bangsa sahaja tapi pada pelbagai jenis manusia yang akidahnya sama yakni..ISLAM.
    Jadi, kita tak patut menganggap hanya kita yang terbaik. Betul tak kak thirah?

    ReplyDelete