Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua!
Sihat ke hari ni? Dah exercise?
Alhamdulillah.. Sesungguhnya mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah s.w.t
berbanding mukmin yang lemah. Betul tak? InsyaAllah, sama2 kita berdoa memohon kepada
Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadaNya. :]
InsyaAllah.. Hari ini, kita akan
berbincang pula berkenaan dengan mukaddimah 3, sambungan mukaddimah2 daripada
daurah ISK saya hari tu..
MUKADDIMAH 3: KELEBIHAN KITA? (PART 1)
Sebelum kita teruskan dengan lebih
jauh, ayuh kita amati ayat-ayat cinta Allah. Kali ini, ada 2 ayat yang
berkaitan dengan tajuk mukaddimah kita.
Pertama = Surah An-Nahl, ayat 71 (16:71)
Maksudnya: Dan
Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki,
tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki
mereka kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, agar mereka sama
(merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?
Subhanallah, daripada ayat
ini dapat kita simpulkan bahawa, kelebihan kita yang berbeza-beza ini adalah
satu rezeki dan nikmat dari Allah s.w.t. Dan ia merupakan satu KURNIAAN yang sangat besar. -Alhamdulillah-
Maka, kita sebagai hambaNya seharusnya bersyukur dan tidak mengingkari nikmat
yang Allah bagi ni.. :]
Dan yang kedua = Surah Al-An’am, ayat 165 (6:165)
Maksudnya: Dan
Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan
sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu
tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat
siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Allahu Akbar! Daripada
ayat yang ini pula, kita dapat kaitkan bahawa kelebihan yang kita ada ini
merupakan satu UJIAN buat
kita. Betul! Dengan kelebihan yang kita ada, ke mana kita gunakan? Adakah ke
arah kebaikan atau keburukan? Ke arah mencari redha Allah atau pujian
manusia???? Ha? (tampar pipi banyak kali..pang3)
Sungguh, Al-Quran ini
penuh dengan hikmah kan?
Sekarang, jom kita hayati
pulak hadis Rasulullah s.a.w:
HADIS LOGAM
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله
عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا
فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا
الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه
(حديث رواه البخاري ومسلم)
Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq)
( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam~
Faham tak dengan maksud hadis
tersebut? InsyaAllah, kita akan relate dengan tajuk kita yakni berkenaan
kelebihan. Kelebihan kita itu ibarat logam!
Tahu tak logam tu apa? Logam tu
macammana bentuk dia? Apa sifat2 dia?
Hmm..jap nak tgk google.. Haa..mcm ni
la bentuk dia. (ala-ala la..)
Nampak sangat keras dan teguh kan? Tapi,
tahu tak sebenarnya ia boleh dibentuk mengikut citarasa/resepi masing-masing.
Contohnya, dibentuk menjadi duit syiling dan sebagainya. Haa..
“Dah tu, apa kaitan dia?”
Kaitan? Adoyai! Maaf2, lupa nak relate
pulak..
Macam ni, kan saya kata tadi,
kelebihan kita itu ibarat logam! Jadi, maknanya, kelebihan kita itu sebenarnya
teguh dan padu dalam diri kita. Namun, jangan lupa, kelebihan kita itu boleh
dibentuk..
Maksudnya... (anda garu kepala lagi
ek?)
Ok, maksudnya, kelebihan itu dapat
dibentuk berdasarkan kehendak dan matlamat kita sendiri. Jika kita gunakan
kelebihan kita itu demi agama kita, Islam
maka banyak manfaat yang kita dapat berikan pada Islam! Tapi..jika kita tak
gunakan kelebihan itu untuk Islam, maka alamatnya JAHILIAH yang akan
manfaatkan.
Err..faham tak?
Baik, mari kita tingkatkan pemahaman
kita dengan satu contoh terbilang! Saidina Umar Al-Khattab. Bila sebut namanya,
apa yang dapat kita fikirkan?
-Garang
-Berani
-Tegas
Dan kalau anda nak tahu, sebelum
Saidina Umar masuk Islam, orang2 jahiliah sangat2 berharap pada dirinya untuk
membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab apa? Sebab Saidina Umar lah yang paling
orang takut dan semua orang tahu beliau sangat gagah perkasa!
Tapi.. Subhanallah.. Berkat doa Nabi
Muhammad s.a.w, Umar Al-Khattab r.a telah masuk Islam! Alhamdulillah! Dan
apabila Umar telah masuk Islam, beliau telah gunakan ke’garangan’ dan ketegasan
beliau itu untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Allahu Akbar! Dan, info tambahan:
Umar Al-Khattab ni sangat garang sehingga syaitan pun takut padanya.
Woooh!!
Jadi, faham dah sekarang? Kita kenalah
gunakan kelebihan yang ada untuk agama kita, ISLAM!
“tapi, macammana ek?” uhm.. baik, saya
bagi contoh lagi,
Untuk mengembangkan dakwah serta misi
sebarkan kebaikan sesama kita, anda yang pandai berkata-kata, melukis, menulis, mewarna, berlakon dan sebagainya...
telah menggunakan medium ‘social networking’ masa kini yang ‘fofuler’ itu untuk
mencapai matlamat. Alah, contohnya Facebook, Youtube, Blog dan macam2 laa..
Anda tahu la kan??? :]
Dan ada lagi satu cerita lagi nak
bagitahu anda.. (suko benor demo cerito deh? :] )
Tak delah cerita sangat, tapi ianya
satu kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua.. InsyaAllah..
Kisah ini berkenaan dengan haiwan yang
bila kita dengar, KEDEKUT. Apa dia?
Haaa? Wah, bagus2.. KUDA!!!
Uhm, tahu tak sifat kuda tu macammana?
Pernah naik kuda tak? Kalau tak pernah meh saya cerita. Kuda ni sebenarnya
jinak tau! Dan ia sebenarnya tak tahan panas dan tak berani pun (dahulunya...)
Tapi, apabila dibentuk, yakni dilatih
dengan bersungguh-sungguh, kuda yang dahulunya seperti di atas, telah berubah menjadi
kuda perang, yang mana meluru masuk ke dalam medan perang! Subhanallah! (untuk
lebih feel, sila rujuk Surah Al-‘Adiyaat (100: 1-11)
Jadi, sahabat-sahabat sekalian!
Jadilah seperti kuda perang! Yang dahulunya jinak, kini gah dengan kehebatannya
di medan perang. Subhanallah.. Jadi, sahabat! Jika anda tak tahu kelebihan
anda, carilah! Dan gilaplah ia dan gunakannya untuk Islam. Semoga orang lain
memperoleh manfaat dari kelebihan kita. InsyaAllah..
Bersambung----------
kena tampar pang pang pang kt pipi... :C wuwuwuuuu
ReplyDeletealhamdulillah..jazakillah for the sharing..
ReplyDeletealhamdulillah, waiyyaki. betulkan saya andai ada tersalah ye ukhti2 tersayang~ :]
ReplyDelete