Words of Wisdom

"Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu. Dan sesiapa yang menghendaki keduanya, maka hendaklah dia berilmu."

Saturday 18 February 2012

Kelebihan kita? Part 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum w.r.t semua! 

Sihat ke hari ni? Dah exercise? Alhamdulillah.. Sesungguhnya mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah s.w.t berbanding mukmin yang lemah. Betul tak? InsyaAllah, sama2 kita berdoa memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadaNya. :]

InsyaAllah.. Hari ini, kita akan berbincang pula berkenaan dengan mukaddimah 3, sambungan mukaddimah2 daripada daurah ISK saya hari tu..

MUKADDIMAH 3: KELEBIHAN KITA? (PART 1)

Sebelum kita teruskan dengan lebih jauh, ayuh kita amati ayat-ayat cinta Allah. Kali ini, ada 2 ayat yang berkaitan dengan tajuk mukaddimah kita.

Pertama = Surah An-Nahl, ayat 71 (16:71)


Maksudnya: Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? 

Subhanallah, daripada ayat ini dapat kita simpulkan bahawa, kelebihan kita yang berbeza-beza ini adalah satu rezeki dan nikmat dari Allah s.w.t. Dan ia merupakan satu KURNIAAN yang sangat besar. -Alhamdulillah- Maka, kita sebagai hambaNya seharusnya bersyukur dan tidak mengingkari nikmat yang Allah bagi ni.. :]

 Dan yang kedua = Surah Al-An’am, ayat 165 (6:165)

Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar! Daripada ayat yang ini pula, kita dapat kaitkan bahawa kelebihan yang kita ada ini merupakan satu UJIAN buat kita. Betul! Dengan kelebihan yang kita ada, ke mana kita gunakan? Adakah ke arah kebaikan atau keburukan? Ke arah mencari redha Allah atau pujian manusia???? Ha? (tampar pipi banyak kali..pang3)

Sungguh, Al-Quran ini penuh dengan hikmah kan? 

Sekarang, jom kita hayati pulak hadis Rasulullah s.a.w:

HADIS LOGAM

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه
(حديث رواه البخاري ومسلم)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).

Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq)
 ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam~

Faham tak dengan maksud hadis tersebut? InsyaAllah, kita akan relate dengan tajuk kita yakni berkenaan kelebihan. Kelebihan kita itu ibarat logam! 

Tahu tak logam tu apa? Logam tu macammana bentuk dia? Apa sifat2 dia?
Hmm..jap nak tgk google.. Haa..mcm ni la bentuk dia. (ala-ala la..)


 Nampak sangat keras dan teguh kan? Tapi, tahu tak sebenarnya ia boleh dibentuk mengikut citarasa/resepi masing-masing. Contohnya, dibentuk menjadi duit syiling dan sebagainya. Haa.. 

“Dah tu, apa kaitan dia?”

Kaitan? Adoyai! Maaf2, lupa nak relate pulak..

Macam ni, kan saya kata tadi, kelebihan kita itu ibarat logam! Jadi, maknanya, kelebihan kita itu sebenarnya teguh dan padu dalam diri kita. Namun, jangan lupa, kelebihan kita itu boleh dibentuk..

Maksudnya... (anda garu kepala lagi ek?)

Ok, maksudnya, kelebihan itu dapat dibentuk berdasarkan kehendak dan matlamat kita sendiri. Jika kita gunakan kelebihan kita itu demi agama kita, Islam maka banyak manfaat yang kita dapat berikan pada Islam! Tapi..jika kita tak gunakan kelebihan itu untuk Islam, maka alamatnya JAHILIAH yang akan manfaatkan. 

Err..faham tak? 

Baik, mari kita tingkatkan pemahaman kita dengan satu contoh terbilang! Saidina Umar Al-Khattab. Bila sebut namanya, apa yang dapat kita fikirkan?
-Garang
-Berani
-Tegas

Dan kalau anda nak tahu, sebelum Saidina Umar masuk Islam, orang2 jahiliah sangat2 berharap pada dirinya untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab apa? Sebab Saidina Umar lah yang paling orang takut dan semua orang tahu beliau sangat gagah perkasa! 

Tapi.. Subhanallah.. Berkat doa Nabi Muhammad s.a.w, Umar Al-Khattab r.a telah masuk Islam! Alhamdulillah! Dan apabila Umar telah masuk Islam, beliau telah gunakan ke’garangan’ dan ketegasan beliau itu untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Allahu Akbar! Dan, info tambahan: Umar Al-Khattab ni sangat garang sehingga syaitan pun takut padanya. 

Woooh!! 

Jadi, faham dah sekarang? Kita kenalah gunakan kelebihan yang ada untuk agama kita, ISLAM! 

“tapi, macammana ek?” uhm.. baik, saya bagi contoh lagi,

Untuk mengembangkan dakwah serta misi sebarkan kebaikan sesama kita, anda yang pandai berkata-kata, melukis, menulis, mewarna, berlakon dan sebagainya... telah menggunakan medium ‘social networking’ masa kini yang ‘fofuler’ itu untuk mencapai matlamat. Alah, contohnya Facebook, Youtube, Blog dan macam2 laa.. Anda tahu la kan??? :]

Dan ada lagi satu cerita lagi nak bagitahu anda.. (suko benor demo cerito deh? :] )

Tak delah cerita sangat, tapi ianya satu kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua.. InsyaAllah..

Kisah ini berkenaan dengan haiwan yang bila kita dengar, KEDEKUT. Apa dia?

Haaa? Wah, bagus2.. KUDA!!!

Uhm, tahu tak sifat kuda tu macammana? Pernah naik kuda tak? Kalau tak pernah meh saya cerita. Kuda ni sebenarnya jinak tau! Dan ia sebenarnya tak tahan panas dan tak berani pun (dahulunya...)

Tapi, apabila dibentuk, yakni dilatih dengan bersungguh-sungguh, kuda yang dahulunya seperti di atas, telah berubah menjadi kuda perang, yang mana meluru masuk ke dalam medan perang! Subhanallah! (untuk lebih feel, sila rujuk Surah Al-‘Adiyaat (100: 1-11) 

Jadi, sahabat-sahabat sekalian! Jadilah seperti kuda perang! Yang dahulunya jinak, kini gah dengan kehebatannya di medan perang. Subhanallah.. Jadi, sahabat! Jika anda tak tahu kelebihan anda, carilah! Dan gilaplah ia dan gunakannya untuk Islam. Semoga orang lain memperoleh manfaat dari kelebihan kita. InsyaAllah..

Bersambung----------

3 comments:

  1. kena tampar pang pang pang kt pipi... :C wuwuwuuuu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..jazakillah for the sharing..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, waiyyaki. betulkan saya andai ada tersalah ye ukhti2 tersayang~ :]

    ReplyDelete